Sunday, July 30, 2006

Tugasan : Interpretasi Gambar



Terdapat dua pemain bolasepak di dalam gambar tersebut.
Pada pengetahuan saya, ia menunjukkan satu perlawanan peringkat ahkir Piala Dunia di antara negara Perancis dan negara Italy.

Pemain yang menyarung jersi putih yang bernama Zidane, kapten kepada pasukan negara Perancis menyondol dada pemain pertahanan negara Italy, Materrazi. Pada pendapat saya, beliau (Zidane), mungkin tidak berpuas hati dengan Materazzi dan oleh sebab tidak dapat mengawal kemarahannya itu, beliau bertindak balas dengan menyondolnya.

Pada pendapat saya, Materazzi mungkin telah mengatakan kata-kata kesat kepada Zidane, mengakibatnya tidak berpuas hati.

Jika saya membayangkan diri saya sebagai Zidane, sudah tentu saya akan merasa sangat marah jika dikeji dan dimaki-hamun. Sudah tentu ia membuat diri saya begtu sukar untuk mengawal perasaan kemarahan saya.

Kesimpulannya, walau apa pun cabaran, kritikan yang kita terima sama-ada yang buruk atau yang baik, kita harus bertindak dengan bijak. Ini kerana setiap tindakan yang kita ambil, ada risiko di sebaliknya.

*Zidane dibuang padang akibat tindakan beiau itu.
(Ia merugikan dan tidak mendatangkan atau membri apa manfaat.)