Monday, March 19, 2007

Renunganku Berita Harian

Berita Harian
Selasa, 20 Mac 2007


Artikel ini menceriatakn bahawa Kementerian Malaysia menghentikan pameran Hantu dan Jin yang dianjurkan Muzium Negeri Sembilan. Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim,berkata bahawa pameran tersubut tidak memberi sebarang faedah kepada masyarakat dan perkembangan tamadun manusia terutama Bangsa Malaysia.

Sebaliknya, kementerian lebih tertarik untuk mempromosikan dan mempamerkan keunikan dan keistimewaan Adat Perpatih kepada orang ramai.

Pada pendapat saya, saya setuju dengan pendapat dan tindakan para kementerian yang bertanggungjawab ke atas isu ini. Pameran Hantu dan Jin tidak memberi sebaran manfaat kapada para pengunjung ke muzium tersebut. Sebaliknya,ia hanya mengkhayalkan masayarakat. Ia juga dilihat sebagai hiburan.

Mereka boleh mempromosikan atau mempamerkan rancanagn atau program lain yang lebih baik. Contohnya,mempamerkan sejarah dan latar belakang negara tersbut,tradisi dan adat hidup mereka pada masa dulu dan sekarang.

Oleh itu,saya setuju bahawa pihak kementerian menhentikan pameran Hantu dan Jin di negara tersebut.

Sunday, March 18, 2007



Gambar ini menunjukkan sebuah tempat di kantin sekolah. Beberapa murid sedang beratur untuk membeli makan. Di sebelah kanan saya,terdapat gerai yang menjual bermacam-macam minuman dan makanan seperti mee,nasi.

Gerai tersebut begitu kotor dan tidak bersih. Akibatnya,terdapat lalat terbang disekeliling makanan dan minuman yang dijual oleh penjual gerai tersebut.
Pada pendapat saya,keadaan sebegini harus ditangani. Ini kerana si penjual tidak menjalankan tangggungjawabnya untuk menjaga kebersihan gerainya. Tambahan pula,dia juga bertanggungjawab untuk menyediakan makanan yang bersih.
Kebersihan amat penting kerana jika gerai tersebut begitu kotor,ia boleh menyebabkan makanan serta minuman yang dijual menjadi rosak kerana terdapat pelbagai kuman dan bakteria akan mambiak di dalam kandungannya. Kuman-kuman dan bakteria sebegini boleh menyebabkan penyakit kepada para pembeli(si pelajar) makanan tersebut.

Di sebelah kiri saya,terdapat seorang murid tidak begitu selesa dengan makanannya. Pada pendapat saya,beliau tidak begitu selera kerana terdapat binatang seperti lalat dalam hidangannya. "Fear Factor" merupakan sebuah rancangan di mana para peserta rancangan tersebut dicabar untuk menyertai pertandingan yang menguji keberanian mereka. Salah satu daripada pertandingan tersebut ialah memakan makanan yang kotor atau kurang senonoh. Oleh sebab itu kemungkinan si pelajar tersebut mengatakan, " Wah!! Ini dah macam Fear Factor! " .

Di tengah gambar ini menunjukkan seorang pelajar hendak membeli sekeping karipap. Beliau juga meminta kepada penjual gerai tersebut agar tiada sebarang lalat dalam makanannya. Ini membuktikan bahawa gerai di kantin sekolah itu begitu kotor dan kurang bersih.

Dalam hal demikian,pihak sekolah bertanggungjawab untuk mengambil berat tentang kebersihan kantin. Menyediakan makanan yang bersih serta sihat akan memberi banyak manfaat kapada palajar sekolah. Mereka haarus memberi amaran atau mengambil tindakan yang wajar terhadap para penjual makanan di kantin sekolah itu yang tidak mengikut peraturan-peraturan sekollah untuk menjaga kebersihan.

Kesimpulannya,kebersihan di mana tempat jua amat penting demi untuk mempunyai alam persekitaran dan suasana yang selesa lagi sihat.