Gambar ini menunjukkan sebuah tempat di kantin sekolah. Beberapa murid sedang beratur untuk membeli makan. Di sebelah kanan saya,terdapat gerai yang menjual bermacam-macam minuman dan makanan seperti mee,nasi.
Gerai tersebut begitu kotor dan tidak bersih. Akibatnya,terdapat lalat terbang disekeliling makanan dan minuman yang dijual oleh penjual gerai tersebut.
Pada pendapat saya,keadaan sebegini harus ditangani. Ini kerana si penjual tidak menjalankan tangggungjawabnya untuk menjaga kebersihan gerainya. Tambahan pula,dia juga bertanggungjawab untuk menyediakan makanan yang bersih.
Kebersihan amat penting kerana jika gerai tersebut begitu kotor,ia boleh menyebabkan makanan serta minuman yang dijual menjadi rosak kerana terdapat pelbagai kuman dan bakteria akan mambiak di dalam kandungannya. Kuman-kuman dan bakteria sebegini boleh menyebabkan penyakit kepada para pembeli(si pelajar) makanan tersebut.
Di sebelah kiri saya,terdapat seorang murid tidak begitu selesa dengan makanannya. Pada pendapat saya,beliau tidak begitu selera kerana terdapat binatang seperti lalat dalam hidangannya. "Fear Factor" merupakan sebuah rancangan di mana para peserta rancangan tersebut dicabar untuk menyertai pertandingan yang menguji keberanian mereka. Salah satu daripada pertandingan tersebut ialah memakan makanan yang kotor atau kurang senonoh. Oleh sebab itu kemungkinan si pelajar tersebut mengatakan, " Wah!! Ini dah macam Fear Factor! " .
Di tengah gambar ini menunjukkan seorang pelajar hendak membeli sekeping karipap. Beliau juga meminta kepada penjual gerai tersebut agar tiada sebarang lalat dalam makanannya. Ini membuktikan bahawa gerai di kantin sekolah itu begitu kotor dan kurang bersih.
Dalam hal demikian,pihak sekolah bertanggungjawab untuk mengambil berat tentang kebersihan kantin. Menyediakan makanan yang bersih serta sihat akan memberi banyak manfaat kapada palajar sekolah. Mereka haarus memberi amaran atau mengambil tindakan yang wajar terhadap para penjual makanan di kantin sekolah itu yang tidak mengikut peraturan-peraturan sekollah untuk menjaga kebersihan.
Kesimpulannya,kebersihan di mana tempat jua amat penting demi untuk mempunyai alam persekitaran dan suasana yang selesa lagi sihat.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home